Difailkan dalam: Isu Semasa | Leave a Comment »
nadifikir kembali…….
Assalamualaikum semua….
Sudah lama tak post artikel kat sini. Maaf pada pengunjung. Ada projek untuk laman web sekolah. So kena fokus kat situ lebih. Laman Pekdis Mersing juga tergendala…. Jika ada kawan-kawan yang sudi jadi penulis artikel untuk Pekdis Mersing silakan…..
Berbalik kepada blog nadifikir, saya akan teruskan. Ia tidak akan menjadi sejarah.. Sejarahnya baru bermula. Mana mungkin ia terkubur begitu cepat.
Saya juga sedang merancang projek untuk belia Tenggaroh 3… Kepada belia-belia di luar sana nantikan pengumuman saya akan datang.
Wassalam
Difailkan dalam: Catatan NadiFikir | Leave a Comment »
Kenapa kuda belang berbelang?
Belang yang ada pada kuda belang adalah bertujuan untuk penyamaran. Tapi kenapa belangnya hitam? Kenapa tidak berwarna hijau atau oren? (Warna yang sama seperti rumput segar atau kering)
Jika belang tersebut untuk tujuan penyamaran kenapa warnanya lain dari warna alam yang biasa. Lihat sahaja celoreng askar kita berwarna hijau. Ini bagi menyesuaikan dengan warna tumbuhan hutan. Kenapa ini tidak berlaku kepada penyamaran kuda belang?
Jawapannya boleh didapati di http://animals.howstuffworks.com
Banyak lagi maklumat yang kadangkala tak terlintas di fikiran kita.. Bila direnung dalam-dalam… inilah yang dikatakan kehebatan Allah. Subhanallah… Maha Suci Allah yang penuh dengan kehebatan.
Laman web lain yang seumpama dengannya..
Difailkan dalam: Laman Pendidikan | Tagged: belang, haiwan, kuda | Leave a Comment »
Tv online
Difailkan dalam: Laman ICT | Tagged: online, tv | Leave a Comment »
Benarkah engkau berjuang?
Sekadar renungan bersama…
BENARKAH KITA BERJUANG
Berjuang
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya
Menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luaangkan
Engkau ingin berjuang
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji korup engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasihsayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tangan dan kaki tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa betul hati engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa engkau lupakan.
Yang sebenarnya
Apa yang engkau hendak perjuangkan…?
Difailkan dalam: Catatan NadiFikir | Tagged: berjuang, dakwah, iman, islam | Leave a Comment »
Tukar tulisan Rumi ke Jawi secara Online
Mudah dan ringkas. Anda boleh masuk ke laman web http://www.ejawi.net/converter.php
Difailkan dalam: Laman ICT | Tagged: jawi | Leave a Comment »
Cari kerja kat JobStreet
Masih lagi pasal kerja kosong. Kali ni saya nak tulis pasal salah satu cara untuk mencari kerja. JobStreet ni memang dah popular. Tapi kat kampung saya, budak-budak baru nak celik komputer. Nak isi borang kat internet pun mintak tolong. Itulah satu cabaran saya. Sekarang Alhamdulillah ramai dah yang celik IT. Jadi sebab tu saya post jugak entri ni agar budak-budak kat kampung saya dapat manfaatkan.
Kepada anak-anak muda kampung ku ( sebenarnya kampung isteri saya ) manfaatkan laman Jobstreet tu. Takpelah kalau kerja tu jauh sikit dari kampung. Muda-muda ni elok merantau cari pengalaman. Belajar hidup sendiri.
p/s Jangan nanti bila dah kerja luar hujung bulan tetap minta kat mak.
Pergi ke laman web JonStreet http://my.jobstreet.com
Difailkan dalam: Web Kerja Kosong | Tagged: Jobstreet | Leave a Comment »
Mana perginya orang Malaysia?
Dalam post yang lalu saya ada menulis tentang karnival sukan Felda plantation kat tempat saya yang disertai oleh kebanyakannya warga asing. Orang Malaysia cuma jadi penonton termasuklah saya… ( Itupun sekadar ambil gambar je )
Dalam khutbah Jumaat tadi ada menyentuh tentang pekerjaan di Malaysia. Tok Khatib kata mengikut kajian Ins. Penyelidikan Ekonomi Malaysia banyak kerja kosong yang belum diisi.
Tak payah pergi jauh la… kat tempat saya kerja ada satu blok bagunan baru buat. Yang kerje kat situ 100% bukan orang Malaysia. Pernah saya terfikir, mana perginya pelajar-pelajar lepasan Giat Mara, IKBN dan yang sewaktu dengannya… Saya pernah lihat pelajar Melayu kita terbongkok-bongkok ikat batu kat Giat Mara waktu belajar. Tapi ke mana perginya mereka? Jadi mandor? Tak nampak jugak..
Itu belum cerita yang kat dalam ladang sawit lagi…. Orang Malaysia takkan kebulur tak de kerja. Banyak kerja di sekitar kita yang telah diambil alih oleh orang asing. Lihat saja klip yang saya post sebelum ni.. Anda boleh lihat wajah-wajah asing.
Sesekali terfikir jugak… Mungkin orang kita sudah bijak mencipta kerja. Mungkin… ( harap-harap betullah..)
Difailkan dalam: Isu Semasa | Tagged: kerja kosong, khutbah jumaat, warga asing | Leave a Comment »
Macam-macam ada….
Karnival Sukan Felda Tenggaroh 9 dan Timur sempena Hari Pekerja…. Peringkat Antarabangsa tu….
Disertai oleh peserta dari negara Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Nepal….
Karnival berlangsung di Padang Felda Tenggaroh 3
Difailkan dalam: Isu Semasa | Tagged: Sukan, Tenggaroh 3, Tenggaroh 9, Tenggaroh Timur | Leave a Comment »
Selamat Menyambut Hari Pekerja
NadiFikir mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja… Tahukah anda asal usul hari pekerja? Macam biasa tanya kat en. wiki… Anda akan dapat jawapannya.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
Asal-usul
Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.
Difailkan dalam: Isu Semasa | Tagged: hari pekerja, nadi | Leave a Comment »






