Dalam post yang lalu saya ada menulis tentang karnival sukan Felda plantation kat tempat saya yang disertai oleh kebanyakannya warga asing. Orang Malaysia cuma jadi penonton termasuklah saya… ( Itupun sekadar ambil gambar je )
Dalam khutbah Jumaat tadi ada menyentuh tentang pekerjaan di Malaysia. Tok Khatib kata mengikut kajian Ins. Penyelidikan Ekonomi Malaysia banyak kerja kosong yang belum diisi.
Tak payah pergi jauh la… kat tempat saya kerja ada satu blok bagunan baru buat. Yang kerje kat situ 100% bukan orang Malaysia. Pernah saya terfikir, mana perginya pelajar-pelajar lepasan Giat Mara, IKBN dan yang sewaktu dengannya… Saya pernah lihat pelajar Melayu kita terbongkok-bongkok ikat batu kat Giat Mara waktu belajar. Tapi ke mana perginya mereka? Jadi mandor? Tak nampak jugak..
Itu belum cerita yang kat dalam ladang sawit lagi…. Orang Malaysia takkan kebulur tak de kerja. Banyak kerja di sekitar kita yang telah diambil alih oleh orang asing. Lihat saja klip yang saya post sebelum ni.. Anda boleh lihat wajah-wajah asing.
Sesekali terfikir jugak… Mungkin orang kita sudah bijak mencipta kerja. Mungkin… ( harap-harap betullah..)
Difailkan dalam: Isu Semasa | Tagged: kerja kosong, khutbah jumaat, warga asing