Posted on April 29, 2008 by NadiFikir
Ustaz, macam mana keadaan dalam kaabah..? Alamak…! Macam mana nak cerita ni. Ana tak pernah lihat pun keadaan dalam kaabah. Ana minta masa untuk jawab soalan tu. Ana janji akan tunjukkan gambarnya pada murid-murid ana.
Takkan ana nak pergi kat Mekah untuk ambil gambar dalam Kaabah. Kalau ye pun tak kan ana dapat masuk dalam Kaabah. Siapalah ana ni…. Inilah satu kegunaan internet.
Satu laman web yang selalu ana pergi untuk mencari sesuatu info ialah wikipedia. Ia adalah sebuah laman web berbentuk ensiklopedia. Taipkan perkataan kaabah dan pergi. Maka keluarlah segala yang berkaitan dengan kaabah.
Satu lagi cara yang biasa ana guna ialah melalui carian ‘image’ sama ada menggunakan Google Image ataupun Yahoo Image. Taipkan perkataan ‘inside kaaba’ akan keluarlah hasil carian kita.
Lawati laman wikipedia di http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
Difailkan dalam: Laman Pendidikan | Tagged: kaabah, wikipedia | Leave a Comment »
Posted on April 28, 2008 by NadiFikir
Membaca satu persatu biodata dan riwayat hidup ulama-ulama terdahulu menginsafkan diri. Besarnya sumbangan mereka. Wang ringgit bukan nilaian ketika itu. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Ulama terdahulu sudah terbukti kecintaan kepada Allah, Rasul dan Islam. Berjuang menegakkah daulah dan maruah Islam. Menjunjung syariat. Kita berada di laluan yang sudah dirintis oleh ulama ini. Tinggal lagi… sanggupkah kita berkorban bak mereka. Setidak-tidaknya hampir dengan mereka.
Ulama-ulama ini berjaya pada zaman mereka. Kita???… Tepuk dada tanya selera. Isu makin menimbun disekeliling kita. Lari buka jawapannya. Mendepani semua ini dengan langkah longlai juga bukan jawapannya. Hanya yang ikhlas berjuang kerana Allah akan mampu membawa perubahan. Sorotilah perjuangan ulama-ulama ini di http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/
Difailkan dalam: Laman Berunsur Islam | Tagged: nusantara, ulama | Leave a Comment »
Posted on April 28, 2008 by NadiFikir
Umat Islam kini diserang dari segenap penjuru. Adakah kita sedar akan hal ini? Atau kita sekadar memekakkan telinga dan membutakan mata… Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini. Tidak perlu meneropong hingga ke Palestin…, kita di sini juga sebenarnya sedang diserang.
Hidup kita memang aman. Boleh cari makan dengan selamat. Tapi bagaimana dengan budaya kita? Bagaiman dengan makanan yang masuk ke perut kita dan anak-anak? Ana terkejut dengan satu kiriman email ke laman web PPIM berkenaan makanan di hotel-hotel.. Nak tahu apa? Klik di sini. Dalam Web Pekdis Mersing pun ana ada postkan email tu..
Buat saudaraku.. bolehlah menjengah ke laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Banyak info kat sana. Hidup kita makin hari makin kompleks..
Laman Web PPIM
Difailkan dalam: Isu Semasa | Leave a Comment »
Posted on April 26, 2008 by NadiFikir
Minggu ni jadual tugas penuh. Tapi ana sempat melancarkan dua laman web. Satu untuk Pekdis Mersing dan satu lagi blog yang anda sedang baca nila la… Nak mudah ana guna yang percuma dulu la. Tima kasih wordpres.com… Tapi…… minggu ni jugak minggu yang sedih buat ana. Apa taknye external hdisk 40gb ana rosak. Huhuuu…. Nak menangis rasanya. 3 tahun punya kerja ada kat dalam tu. Mungkin dah sampai masa.. Ujian semua tu. Cadangnya bahan-bahan yang ana ada nak kongsi ngan kawan-kawan. Takpelah takde rezeki kot. Ana akan cuba buat lagi dan kongsi dengan semua. So, kepada kengkawan buatlah backup bahan-bahan kesayangan anda sebelum ‘ajalnya’ sampai.
Difailkan dalam: Catatan NadiFikir | Tagged: hdisk | Leave a Comment »
Posted on April 25, 2008 by NadiFikir
Laman untuk GPI Mersing berkongsi maklumat. Satu permulaan yang baik. Menggunakan web hosting percuma sebagai satu langkah permulaan adalah bijak. Selepas stabil dan menguasai pentadbiran web barulah mendaftarkan domain sendiri menggunakan .com, .net atau sebagainya. Lawatilah laman ini dan berilah sokongan. Mudah-mudahan akan terus tumbuh web berunsur Islam dalam dunia maya ini… Pekdis Mersing
Difailkan dalam: Catatan NadiFikir, Laman Berunsur Islam | Tagged: GPI, pekdis mersing | 1 Komen »